Bahasa Malaysia – Saluran Sekunder Udara

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

2:164

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

Mukadimah

Laman ini dikhaskan untuk mereka yg ingin membuat modifikasi penambahan saluran udara pada kereta Satria Neo.  Ini merupakan variasi pertama sistem pengudaraan yang dihasilkan oleh saya.  Ia menggunakan kaedah yang murah untuk mengurangkan penggunaan minyak baik dari perjalanan jauh mahupun dekat.  Pulangan modal adalah paling cepat pada penggunaan dalam kesesakan jalanraya di bandar.  Terdapat variasi lain yang akan diterangkan pada penghujung laman ini.

Konsep

Kereta yang digunakan untuk kaji selidik merupakan Satria Neo R3 keluaran 2011.  Ia mempunyai kelebihan spesifikasi enjinnya berbanding dengan kereta Satria Neo yg lain.

  1. Kuasa yang dihasilkan bersamaan 145bhp pada kitaran 6000 rpm
  2. Tork maksima dihasilkan adalah 160Nm pada kitaran 5000 rpm.
  3. Beratnya sekitar 1200kg

Bila dibuat perbandingan, ia model yg melebihi spesifikasi variasi production dari kesemua tiga aspek.  Bermaksud ianya berat.  Keadaan ini amat ketara bila penggunaan minyak melebihi kereta normal.  Pada mulanya bacaan Fuel Consumption (FC) pernah mencecah 12liter/100km pada kelajuan 140km/j.  Ia menghairankan saya dan saya terus membuat kajian untuk menambah baikan kereta ini.

Perubahan paling ketara adalah bila saya membuat kaji selidik berasaskan hasil menyeluruh di internet.  Terutama sekali di laman sesawang Autospeed yang berasal di Australia.  Ia merupakan laman unggul tentang modifikasi kereta secara DIY.  Pencerahan diberi pada artikel mengenai penambahan udara masuk untuk enjin di laman mereka yang diterangkan dalam Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua

Apa yang dapat diambil iktibar dari hasil ini adalah penggunaan barang harian yang murah atau percuma dari sisa buangan dapat dipergunakan untuk mendapatkan penjimatan yang berpanjangan.

Ada beberapa konsep dipergunakan untuk mendapatkan penjimatan

  1. Penambahan luas saluran masuk
  2. Penggunaan venturi terutama pada keadaan sesak
  3. Tadahan udara pada kelajuan tinggi
  4. Mengurangkan tekanan vakum dalam manifold.

Skematik

Intake Sorkel Mod Assy

Barangan yang diperlukan

  1. Snorkel Neo Campro Part Number PW811940.New Intake Snorkel
  2. Hose Mesin Basuh sebagai saluran angin

    Drain into Intake

    Drain hose for Washing Machine. 2m length unknown material. All for RM16.80 or GBP 4.00

  3. Optional – Botol Minyak di belah separuh sebagai pengadang angin

    Recycle Reuse Reborn

    Recycle Reuse Reborn

Alat yang diperlukan

  1. Pisau kraf
  2. Screwdriver Philip (-)
  3. Tape pelekat PVC
  4. Spanar atau soket saiz 10mm untuk bolt M6

Langkah Awalan

Bacaan FC (Fuel Consumption) adalah anggaran purata penggunaan minyak.  Ia bukan menyukat kadar aliran minyak.  Ia menggunakan kiraan ulangan ECU mengarah injector membuka saluran.  Terdapat ralat antara bacaan ini dengan timbangan minyak.  Salah satu perbezaan adalah disebabkan pembukaan injector bergantung pada tempoh masa injector itu membuka.  Kebiasaannya ada tiga peringkat; 5ms. 10ms dan 15ms.  Bukaan yg lama menambahkan kandungan minyak yang disemburkan ke dalam ruang pembakaran.

Perbandingan ini pula dibuat dengan jarak jauh perjalanan.  Bacaan pertama anda akan dapat hanyalah setelah kereta bergerak 500m.  Maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa bacaan hanya dikemaskinikan setiap 500m.  Melalui perbincangan sesama rakan-rakan dan penyelidikan yang dibuat, didapati bacaan jarak ini adalah dari bilangan pusingan kitaran tayar.  Bagi mereka yang mengubahsuai saiz tayar kereta, bacaan ini berubah.  Tayar yang lebih besar akan menyebabkan bacaan jarak itu sebenarnya kurang dari yang berlaku sebenarnya.  Ini disebabkan tayar yang besar mempunyai ukurlilit yang lebih.  Sekiranya kereta asal menggunakan tayar 195/55/15 dan diubah menjadi 215/45/17 maka bacaannya akan menambah ralat sebanyak 10%.

Kiraan ini boleh dibuat menggunakan cara online

Sila ambil bacaan FC sebelum membuat modifikasi.  Di meter cluster ada dua suis.  Suis kiri adalah untuk reset.  Manakala suis kanan adalah untuk mengubah mode.  Tekan suis kanan beberapa kali sehingga bacaan menunjukkan “l/100km”.

Meter Cluster

Meter Cluster

Tekan suis kiri lama sedikit sehingga bacaan berubah menjadi “- -“.  Kamu telah pun meresetkan bacaan FC anda.  Ini hanya mengubah pengiraan berapa kali injector buka dan jarak yang telah dilalui.  Ia jangan dianggap pengiraan muktamad kerana ada beberapa faktor yang mempengaruhi bacaan.  Namun begitu, ia masih relevan untuk diguna pakai sebagai penyukat bandingan sebelum dan selepas modifikasi.

Langkah Pembikinan

  1. Sediakan hose mesin basuh, ambil dan padankan secara fizikalnya pada Snorkel Neo Campro.  Jarak yang diperlukan adalah dari saluran water trap hingga ke bawah lampu sebelah kiri.  Bahagian muncung yang berbentuk kon diperlukan untuk masuk ke salur water trap.  Potong menggunakan pisau kraf.  Pasangkan botol yang telah dipotong separuh.  Kemaskan dengan tape PVC.
  2. Sekiranya anda sudah mempunyai Snorkel Neo Campro siap dipasang pada enjin, sila ke langkah 5
  3. Keluarkan Snorkel CPS dengan membuka bolt saiz M6 x 2 di bahagian hadapan dan buka clip di bahagian atas filter box menggunakan screwdriver.
  4. Siapkan Snorkel Neo Campro.  Potong kaki penyokong yg sepatutnya dipasang pada enjin.  Jangan takut, snorkel ini cukup disokong pada kotak filter dan muncung.Neo Snorkel Part Desc
  5. Buka clip yang menyambungkan Snorkel ke bahagian atas kotak filter.  Tanggalkan
  6. Buka water trap yang berbentuk ‘L’ dari Snorkel.  Gunakan screwdriver untuk menanggalkan clip.
  7. Masukkan hose bahagian muncung kedalam saluran keluar water trap itu.  Perhatikan dari hadapan muncung Snorkel sambil muncung itu dimasukkan.  Sekiranya muncung itu keluar dari saluran, tarik balik sedikit.  Ini akan menghasilkan pergerakan udara yang tidak terbantut.
  8. Pasang semula Snorkel Neo Campro.  Ini termasuk clip dan 2 x bolt M6.
  9. Salurkan hose mesin basuh melalui bawah bateri tray dan muncul di hadapan ABS unit.  Cucukkan botol di bawah lampu.  Ada ruang yang sedikit tetapi cukup untuk menyelitkan botol itu
    Secondary Intake1Fits nice and snug

 

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak dapat di lihat dari luar adalah sebuah sensor dipanggil T-MAP.  Dalam bahasa Inggerisnya ; Temperature- Manifold Air Pressure.  Ia gabungan sensor untuk suhu dan tekanan.  Dua keadaan fizikal ini menentukan isipadu udara.  Kedudukan sensor ini biasanya adalah aliran selepas pendikit atau Throttle Body.  Sensor ini menentukan keadaan fizikal udara dalam kebuk atau ruang sebelum udara ini masuk ke dalam ruang pembakaran.  Fungsi ini sama dalam segala variasi enjin Campro, IAFM dan CPS.

Fungsi sensor ini pula adalah menentukan banyak mana minyak tambahan yang diperlukan oleh enjin.  Ia adalah berhubung kait dengan kedudukan pendikit.  Dalam keadaan enjin bergerak biasa, tekanan akan turun ketkat vakum sekiranya injap intake buka dan omboh turun pada lejang sedutan.  Keadaan ini menyebabkan ECU yang menerima isyarat itu akan memaksa injector membuka dengan lebih lama.  Ini lebih kurang 10milisecond.  Kebiasaannya adalah 5ms.  Maka jumlah petrol memasuki ruang pembakaran akan berganda lebihnya.

Bila modifikasi ini dibuat, sensor itu akan kurang berada pada keadaan vakum yang rendah.  Bila omboh pada lejang induksi, saluran udara yang lebih besar akan cepat menyebabkan udara masuk dengan secukupnya.  Pada keadaan kelajuan melebihi 50km/j, saluran akan menyebabkan tekanan positif yang sentiasa ada.  Padal kelajuan lebih dari 90km/j, tekanan udara seakan memampatkan lagi udara.  Maka minyak yang diperlukan pada keadaan tinggi juga dapat dikurangkan.

Dalam keadaan kereta sesak, pendikit akan buka dan tutup secara kerap.  Pada keadaan sebegini, minyak dapat dikurangkan kerana tekanan vakum jarang berlaku.

 

Variasi

Variasi Kedua adalah menggunakan salur air berwarna putih yang dibeli di kedai hardware.  Ia biasa digunakan untuk menyambungkan paip sinki.  Ianya lebih ringan dan harganya adalah dalam sekitar RM 6.80.  Namun begitu ianya lebih lembut dan tidak boleh diperbetulkan bentuknya sekiranya dikenakan tekanan.

Insulation for domestic air conditioning

Insulation for domestic air conditioning

Variasi Ketiga adalah menggunakan salur penebat hawa dingin Insulflex.  Hanya didapati di kedai perlatan Hawa Dingin.  Ia datang dalam berbagai saiz.  Ianya ringan dan murah.  Dijual dalam ukuran 6 kaki pada harga RM 4.50.  Ia hanya boleh dilentur dalam radius besar.  Pada radius kecil, dindingnya mungkin mengecut dan ini akan menyebabkan sekatan udara.

Penutup

Penjimatan penggunaan hasil bumi adalah objektif modifikasi ini.  Penggunaan cermat bukan sahaja memberi pertolongan ekonomi tetapi dapat menolong kita mengurus perbelanjaan.  Adalah harapannya kesedaran tentang pengurusan hasil bumi dapat diterapi dan mendapat fokus orang ramai.  Ia mempunyai potensi untuk menyedari orang ramai bahawa kita patut selalu bertanya pada apa yang dianggap biasa.  Sekiranya persoalan tidak dikemukakan, sudah tentu kita ketinggalan.

10:22

Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): “Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur”.

Maksud Surah Yunus Ayat 22

Advertisements

One thought on “Bahasa Malaysia – Saluran Sekunder Udara

  1. Pingback: Awalan | Satria Neo R3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s